Anwar Ibrahim & September 16

Malaysiakini: Anwar seeks emergency House session
Opposition Leader Anwar Ibrahim today said he has sent a letter to Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi asking him to convene an emergency session of Parliament to debate a motion of no confidence.

Blog ini tidak berniat hendak bersikap 'in denial' dalam isu 16 September. Sungguhpun 916 Anwar Ibrahim tidak menjadi kenyataan, tapi saya masih cuba untuk menjadi rasional dalam isu ini. Cuma saya berasa sedikit hairan terhadap beberapa perkara.

1. Mengapa baru sekarang ini Anwar nak suruh Perdana Menteri Abdullah Badawi mengadakan sidang parlimen tergempar? Kalau betul Anwar sudah ada senarai nama pelompat dari awal lagi, kenapa beliau tidak merancang sidang parlimen tergempar sebelum 16 September dulu? Supaya pada tarikh keramat 16 September nanti (yang mana sudah terlepas), Anwar boleh jadi PM. Logik?

Kalau saya jadi Pak Lah pun, kenapa saya sebagai Perdana Menteri harus menurut segala kata seorang pemimpin pembangkang? Tak masuk akal. Mungkin ini strategi Anwar untuk melengah-lengahkan masa atau untuk mencari alasan baru? Kebijaksanaan politik Anwar yang dapat dilihat ialah beliau sentiasa menyerang dan ini secara tak langsung meletakkan kerajaan BN pimpinan Pak Lah dalam keadaan defensive dan lemah, yang mana memang pun telah lemah dan lesu.

2. Kedua, dulu apabila Anwar meletakkan tarikh 16 September sebagai hari pembentukan kerajaan baru, takkan Anwar tidak tahu bahawa 16 September jatuh pada bulan Ramadhan dan parlimen tidak bersidang? Atau '16 September' hanyalah sekadar gimik nak ambil hati ahli-ahli parlimen Sabah & Sarawak?

Kalau sungguh bagai dikata, dan dah ada senarai nama pelompat dari dulu lagi, buatlah strategi supaya hari pengumuman 'kerajaan baru' pada tarikh parlimen bersidang, 16 Oktober misalnya. Supaya sekurang-kurangnya dari segi teknikal, logik untuk membentuk kerajaan baru itu ada. Atau dulu tersilap perkiraan? Atau ini juga sebahagian daripada strategi?

3. Saya boleh memahami strategi Anwar untuk tidak mengumumkan senarai nama ahli parlimen itu awal-awal. Tetapi, yang agak pelik sedikit, ahli-ahli BN yang nak lompat ni semua dah kena cucuk hidungkah? Nak lompat pun kena tunggu diberitahu? Dulu sewaktu Anwar ditahan polis, beliau membuat tuduhan bahawa penahanan beliau adalah strategi polis dan kerajaan untuk menghalang pengumuman 4 ahli parlimen BN daripada lompat. Soalnya, mana nama 4 orang ini?? Kenapa tak buat saja macam SAPP umum keluar BN? Habis cerita.

Persoalan seterusnya, kenapa SAPP tidak membuat pengumuman sebelum 16 September? Tetapi sebaliknya sesudah 16 September berlalu.Yong Teck Lee takde pulak nak tunggu signal sesiapa untuk buat pengumuman. Begitu juga beberapa bekas pemimpin Gerakan dan MCA. Mereka lompat ke PKR tanpa perlu ada arahan daripada sesiapa. Dah rasa nak lompat, mereka pun lompat.

Terdapat satu persamaan menarik antara mereka semua yang telah lompat/undur dari BN. Presiden SAPP Yong Teck Lee, bekas pemimpin wanita MCA Tan Yee Kew dan bekas pemimpin Gerakan Wilayah Persekutuan Dr. Tan Kee Kwong; kesemua mereka gagal dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya ke-12 yang lalu.

Kalau Anwar beri alasan penangguhan ambil alih kerajaan ini adalah demi keselamatan dan kestabilan politik dan ekonomi, komen saya, sejak bila Anwar peduli tentang kestabilan politik di Malaysia? Terus terang, iklim politik yang tak stabil di Malaysia kini, tak lain tak bukan disebabkan oleh Anwar sendiri dan kerakusan beliau hendak menjadi Perdana Menteri. Memang dari segi politiknya, begitulah caranya nak melemahkan atau mengkucar-kacirkan kerajaan, lebih-lebih lagi apabila dilihat kerajaan itu dalam keadaan yang sangat tenat.

Satu pelajaran penting yang boleh dipelajari daripada episod politik di Malaysia pasca PRU-12 ialah, lompat parti adalah salah kalau wakil rakyat itu lompat ke parti lawan, tapi dianggap bijak dan 'mementingkan rakyat' kalau dia lompat ke parti kita. Tak kiralah parti mana-mana pun, baik Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat.

Contohnya, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat membuat laporan polis tentang dakwaan bekas MB Perak, Tajol Rosli, bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Perak akan tumbang pada 31 Ogos 2008, yang mana tak menjadi kenyataan pun. Tetapi jika ahli-ahli parlimen BN yang hendak lompat ke Pakatan Rakyat, ini tidak apa. Pemimpin pembangkang yang dulunya tegas dengan prinsip anti-lompat parti, seperti Karpal Singh dan Tok Guru Nik Aziz, kini senyap saja. Ini semua menunjukkan apa? Kuasa politik mengatasi segala-gala. Betullah tu. Apa guna berpolitik tanpa kuasa? Tak perlu bicara soal etika.

Apapun kita tunggu sajalah apa langkah-langkah atau alasan-alasan Anwar seterusnya. Cakap banyak pun tak guna juga. :)

Comments

wickiwild said…
kalo dah gila kuasa, suma benda tak nampak. nampak diri sendiri sahaje. tp bagi alasan utk rakyat. what a deceptive liar.
Shahnon said…
yeah, tengok je la ape jadi in the next couple of days or weeks, jadi ke tak. heheh.