Posts

Showing posts from October, 2020

Anwar Ibrahim's "16 September 2.0": Pipe Dream or Gimmick?

Image
Coverage from Utusan Malaysia on Anwar Ibrahim's "16 September 2.0" plan: "Dakwaan Anwar Sama Kes 2009 di Perak" - 24 September 2020 "KUALA LUMPUR: Dakwaan Presi­den PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai asas yang jelas untuk tidak menunjukkan akuan bersumpah ahli-ahli parlimen yang bersama beliau bagi membentuk kerajaan baharu selagi belum menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Ini kerana situasi yang berlaku pada 23 September lalu itu sama seperti krisis politik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 2009 yang menyorot kejatuhan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) terdiri daripada DAP, PKR dan Pas setelah menyokong Barisan Nasional (BN). Penganalisis politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Shahnon Mohamed Salleh berkata, tidak dinafikan dalam mana-mana sistem demokrasi dan berperlembagaan, sebarang perkara berkenaan undi majoriti perlu disuarakan di Parlimen. Bagaimanapun, katanya, jika menyin