Anwar Ibrahim's "16 September 2.0": Pipe Dream or Gimmick?

Coverage from Utusan Malaysia on Anwar Ibrahim's "16 September 2.0" plan:


"Dakwaan Anwar Sama Kes 2009 di Perak" - 24 September 2020

"KUALA LUMPUR: Dakwaan Presi­den PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai asas yang jelas untuk tidak menunjukkan akuan bersumpah ahli-ahli parlimen yang bersama beliau bagi membentuk kerajaan baharu selagi belum menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ini kerana situasi yang berlaku pada 23 September lalu itu sama seperti krisis politik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 2009 yang menyorot kejatuhan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) terdiri daripada DAP, PKR dan Pas setelah menyokong Barisan Nasional (BN).

Penganalisis politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Shahnon Mohamed Salleh berkata, tidak dinafikan dalam mana-mana sistem demokrasi dan berperlembagaan, sebarang perkara berkenaan undi majoriti perlu disuarakan di Parlimen.

Bagaimanapun, katanya, jika menyingkap peristiwa sama berlaku di Perak memperlihatkan tindakan yang diambil Anwar tidak boleh dihalang.

“Kalau ingat lagi PR jatuh di­sebabkan wakil rakyat PKR dan DAP melompat parti. Perkara ini berlaku di luar Dewan dan apabila kedua-dua parti ini menyatakan sokongan kepada BN, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN te­rus berkumpul dan memberitahu media bahawa BN mempunyai majoriti membentuk kerajaan.

“BN terus menghadap Sultan Perak dan setelah baginda yakin, terus lantik dan Perak ada kerajaan baharu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Shahnon menyifatkan pergolakan politik yang berlaku antara Pakatan Harapan (PH) dipimpin Anwar dan Perikatan Nasional (PN) hanya satu bentuk perang saraf di tengah-tengah rakyat Sabah mengundi kerajaan negeri baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Beliau melihat pendedahan Anwar adalah rancangan untuk mempengaruhi undi rakyat Sabah agar berpihak kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

“Saya tidak rasa Anwar mempunyai sokongan majoriti pun. Jika dilihat Anwar begitu ghairah apabila mengatakan kerajaan PN jatuh sedangkan ia belum dibuktikan.

“Muhyiddin pula tidak pernah mendakwa beliau menjadi perdana menteri sebelum ia berlaku,” katanya." – UTUSAN


Related article: Anwar Ibrahim (2008)

Comments