Political quote of the week

Seks: Ahli PKR dakwa diperangkap
IPOH 23 Sept. – Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama Exco Kerajaan Negeri Perak berhubung satu kes rasuah baru-baru ini mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China.

Katanya, dakwaan BPR bahawa dia dan dua rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar.

“Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya. - Utusan Malaysia

Dia ni mana datang ni?? Sedihnya baca. Kalau mat-mat rempit cakap macam ni tak hairanlah. Ini kan pulak orang politik. Ahli Majlis Daerah Perak Tengah lagi.

Menteri Besar Perak, YAB Nizar Jamaluddin, patut pecat saja pemimpin yang tak ada kredibiliti moral macam ni. Memang patut pun Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria dan Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin buat kenyataan media yang menghentam kenyataan bodoh macam mat rempit daripada pemimpin PKR tersebut.

Comments