Radio Terus Relevan Sebagai Medium Penyatu Masyarakat - Pakar
Petika berita (13 Februari) sempena wawancara bersama Radio Bernama: "Radio akan terus memainkan peranan penting sebagai medium penyatu masyarakat walaupun berdepan evolusi teknologi dan kemunculan platform digital. Pensyarah kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dr Shahnon Mohamed Salleh berkata sejarah perkembangan radio membuktikan ia sentiasa beradaptasi dengan perubahan zaman sambil mengekalkan fungsi sosialnya. Beliau berkata sejak era awal penyiaran, radio berperanan sebagai alat penyampai maklumat bagi menyatukan rakyat, termasuk ketika tempoh pasca kemerdekaan serta konfrontasi serantau, sekali gus membentuk peranannya dalam masyarakat. Radio digunakan sebagai alat utama untuk menyatupadukan rakyat Malaysia ketika konfrontasi Indonesia dan pada ketika itu antara lagu popular yang sering dimainkan ialah 'Inilah BarisanKita' (Prajurit Tanah Air) Beliau berkata demikian pada program Bernama Radio bertajuk Radio dan Kecerdasa...