Malaysian General Election II

Mengikuti perkembangan politik semasa tanah air, semakin geram dibuatnya melihatkan tingkah laku DAP yang terang-terang sudah menunjukkan belangnya walaupun majlis angkat sumpah di negeri Perak belum lagi bermula. PAS dan PKR adalah parti oportunis yang jelas. Kerana kuasa, mereka sanggup diperkudakan DAP di Perak. Kerana ingin menjadi kerajaan mereka sanggup bersekongkol dengan parti yang terang-terang menolak Islam. Tapi PAS tak peduli semua ini. Asalkan dapat kalahkan UMNO dan BN. Asalkan MB Perak orang PAS. Lim Kit Siang dengan angkuh sombong dan berlagaknya telah terang-terangan menghina pimpinan PAS dan Sultan Perak apabila tidak bersetuju dengan lantikan Menteri Besar calon PAS pilihan baginda tuanku. Setelah menerima desakan semua pihak barulah beliau memohon maaf kepada Tuanku Sultan Perak.

Dia ni tak tahu agaknya bahawa di Perak ramai penyokong PAS telah pangkah parti Roket ini? Tapi apa PAS buat? Tak buat apa. Sebab apa? Calon MB Perak orang dia. Tak kisah kerajaan sebenarnya dikuasai DAP. Dapat jadi MB boneka pun tak apalah. PAS dan PKR ni agaknya kalau bekerjasama dengan parti Yahudi pun mereka sanggup agaknya, asalkan UMNO kalah. DAP juga seolah tak faham sensitiviti masyarakat Melayu di Perak apabila pada awalnya menuntut 8 jawatan Exco negeri diberi kepada DAP. Gila! Saya tak mahu membangkitkan isu perkauman di sini, tetapi realitinya majoriti negeri Perak adalah Melayu, maka keseimbangan kaum dalam kerajaan negeri itu seharusnya mencerminkan keadaan sebenar! Di sini kita nampak keangkuhan DAP yang jelas dan nyata! Nasib baik Timbalan Pengerusi PKR, Dr. Syed Hussin Ali, berani bersuara mengugut keluar dari pakatan kerajaan Perak atas isu jawatan Exco ini. (Dalam masa saya menulis ini, isu pembahagian Exco antara DAP-PKR-PAS sudah diselesaikan)

Dalam satu senario lain pula, saya menyokong penuh isi kandungan surat tulisan Mukhriz Mahathir (surat Mukhriz) yang mendesak Pak Lah agar berundur. Dalam pada masa pemimpin parti-parti komponen BN, seperti MCA dan Gerakan masing-masing sudah mengaku bertanggungjawab sepenuhnya di atas kekalahan teruk BN dan mengambil langkah proaktif untuk merintis perubahan dalaman parti, di pihak UMNO pula, apa yang kedengaran hanyalah suara-suara bodek membodek oleh pemimpin-pemimpin di sekeliling Pak Lah. Dalam pada masa pemangku Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Presiden MCA, Ong Ka Ting, sudah menerima tanggungjawab penuh di atas kekalahan teruk parti mereka, tak ada langsung, diulang semula, tak ada langsung kenyataan Pak Lah yang mengatakan dia bertanggungjawab di atas kekalahan teruk Barisan Nasional, di mana Pak Lah adalah Presidennya. Pak Lah pernah kata dulu, katalah yang benar walaupun kenyataan itu pahit. Tapi apa Pak Lah buat sekarang? Pak Lah cuma mahu dengar apa yang dia nak dengar saja - bodek-bodek oleh para pemimpin yang berkepentingan.

Memetik kata-kata pensyarah saya. "BN perlu lakukan perubahan! Selagi Pak Lah ada, keadaan akan tetap sama. Pak Lah perlu letak jawatan dan bertanggungjawab penuh dan Khairy tidak harus diberikan jawatan kabinet!"

Malaysia di zaman Pak Lah membuatkan saya tertanya-tanya banyak kali, ke mana hala tuju Pak Lah nak bawa Malaysia ni? Sayangnya apabila Tun Dr. Mahathir telah menyediakan tapak dan landasan yang jelas buat Pak Lah sambung, tetapi malangnya semuanya hancur..

Kenyataan Tun Dr. Mahathir adalah sangat tepat apabila beliau mengatakan bahawa kerajaan yang lemah (majoriti BN di parlimen hanya 63%. BN menang pun hanyalah dengan ihsan kerusi-kerusi tetap Sabah Sarawak) adalah tidak sihat untuk masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia. Sebab apa? Sebabnya apabila kerajaan lemah, apabila kerajaan sentiasa merasa terancam oleh pihak pembangkang, mereka sentiasa memikirkan cara untuk kekal berkuasa, atau dalam kata lain, tumpuan akan lebih tertumpu kepada hal-hal politiking, hal-hal mengumpul pengaruh maka dengan ini perancangan dan pelaksanaan pembangunan negara tertolak ke tepi dan tak dapat dilaksanakan dengan efisien.

Gosip politik sekarang ialah Anwar kini sedang dalam proses melakukan coup de tat, dengan cubaan memujuk (baca: membeli) wakil-wakil rakyat BN berpindah ke pembangkang di mana mereka hanya memerlukan 35 kerusi untuk membentuk majoriti mudah di parlimen? Sumber: http://beritakmu.net Kesahihah diragui. Wallahua'lam.

Ke mana, Malaysia?

Comments