Skip to main content

Laman sosial beri penerangan GST tidak menyerlah - Utusan Malaysia

I had the opportunity to present my research paper on GST which was based on a social media research that we produced last year. A reporter from Utusan  approached me later for an interview after listening to my presentation, so here's the story by Safina Ramli.
KUALA LUMPUR 8 Nov. - Laman-laman sosial yang memberi penerangan kepada rakyat mengenai pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) didapati tidak begitu menyerlah, malah mesej yang disampaikan juga tidak meyakinkan.
Selain itu, mesej-mesej yang disampaikan kepada rakyat gagal menonjol dan tidak bersepadu sehingga menyebabkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan semakin meningkat selepas GST dilaksanakan.
Koordinator Pasca Siswazah Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, Fakulti Komunikasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shahnon Mohamed Salleh berkata, perkembangan media sosial juga menjadi penyumbang kepada peningkatan persepsi negatif terhadap kerajaan di mana media sosial kini telah menjadi platform arus perdana berbanding sekadar media alternatif kepada rakyat.
"Secara keseluruhan, kajian memperlihatkan trend persepsi masyarakat sudah pun negatif sejak awal (62 peratus tidak setuju dengan GST) dan meningkat kepada 66 peratus selepas GST dilaksanakan.
"Persepsi negatif ini seterusnya menjadi lebih parah apabila kenyataan demi kenyataan oleh anggota Kabinet yang mendapat maklum balas amat negatif di media sosial," katanya ketika pembentangan kertas kerja Seminar Menangani Kenaikan Kos Sara Hidup: Isu dan Penyelesaian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

Comments