Malaysia dan Indonesia
Perang Siber Indonesia - Malaysia II*
Penulisan ini adalah sebagai reaksi daripada hubungan Indonesia - Malaysia yang makin keruh akibat mainan media massa di Indonesia. Ianya berikutan isu lagu Rasa Sayang dan batik yang kononnya dicuri Malaysia yang kini sudah merebak ke internet. Perang Siber yang wujud semakin menjadi-jadi, terutama sekali disebelah pihak Indonesia. Manakala, situasi di Malaysia kelihatan sangat tenang. Malah ramai yang tidak mengetahui wujudnya perasaan kurang senang oleh pihak di seberang sana kerana media di sini bersikap tidak membesar-besarkan isu ini. Blog ini juga bukanlah hendak menangkis semua tuduhan dan cercaan para bloggers Indonesia, tetapi hanya komentar secara umum tentang hubungan kedua-dua negara, kerana saya percaya pergaduhan yang terjadi adalah sangat sia-sia dan tidak ada faedahnya.
Ini juga adalah sebagai reaksi balas terhadap blog-blog negatif yang memaki hamun kedua-dua negara. Saya hanya dapat mencari 1 sahaja blog yang kononnya milik rakyat Malaysia yang mencaci negara Indonesia iaitu, blog ihateindon.blogspot.com, tetapi blog dan forum yang menghina Malaysia adalah jauh lebih banyak dan saya tak ingin nak mengira jumlahnya. Antaranya ialah seperti website http://www.malingsia.com, blog http://rasa-ganyang.blogspot.com, http://malaysia-malingsial.blogspot.com, http://malaysiamaling.blogspot.com, http://malayria.blogspot.com dan banyak lagi.
Kewujudan blog ihateindon.blogspot.com yang kononnya milik rakyat Malaysia adalah sangat diragui. Banyak perkataan yang digunakan oleh blogger itu adalah sangat asing dalam pertururan seharian rakyat Malaysia atau dalam bahasa yang lebih tepat ianya mirip tulisan seorang rakyat Indonesia sendiri. Tak ada rakyat Malaysia yang menggunakan perkataan-perkataan seperti, "diinjak-injak" (Bahasa Melayu,BM - pijak), meladeni (?), jelek, nyolong, Polandia (BM - Poland), "kalo nyontek tu biar nggak mirip", "bikin ulah". Semua ini adalah sebahagian daripada tulisan daripada blog ihateindon.blogspot.
Tidak wujud istilah ini semua dalam percakapan seharian/bahasa pasar seorang rakyat Malaysia. Justeru, saya cenderung unutk mengatakan ianya adalah blog seorang rakyat Indonesia yang cuba mengapi-apikan dan mengeruhkan lagi hubungan kedua-dua negara di alam cyber. Kalau pun benar blog itu adalah kepunyaan rakyat malaysia, 'perang siber' yang kononnya melibatkan Malaysia - Indonesia ini dilihat bersifat sebelah pihak sahaja kerana tidak ada tindak balas yang sama dari pihak Malaysia, baik oleh media massa ataupun seluruh rakyat umumnya.
Kerana apa? kerana rakyat di Malaysia rata-ratanya lebih rasional dalam melihat isu ini. Banyak lagi isu yang lebih besar yang lebih patut diberi perhatian, seperti beban kos kehidupan yang makin tinggi, kenaikan kadar inflasi, kenaikan harga tol dan minyak dan lain-lain lagi. Sentimen media massa dan masyarakat Malaysia adalah lebih waras dan rasional pemikiran mereka. Tak ada demonstrasi di depan kedutaan atau di mana-mana atau sebarang reaksi balas yang negatif. Kesimpulannya isu ini dianggap sebagai non-issue atau kalau ada sekalipun hanyalah berita kecil di bahagian dalam dada akhbar.
Suka saya menceritakan hubungan Malaysia dan Indonesia dari sudut sejarah. Dari segi sejarahnya, seluruh gugusan kepulauan Melayu itu adalah satu, atau juga disebut sebagai the Malay archipelago. Kepulauan Melayu itu secara umumnya adalah penduduk yang mendiami kawasan Selatan Thailand, Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur, seluruh negara Indonesia kini hinggalah ke Selatan Filipina.
Boleh dikatakan penubuhan tidak rasmi negara Malaysia dan Indonesia berlaku pada tahun 1824. Iaitu apabila termeterainya perjanjian Inggeris-Belanda (Anglo-Dutch Treaty of 1824) yang membahagi-bahagikan wilayah di kepulau Melayu ini. Antara perkara terpenting perjanjian itu menyaksikan Belanda menyerahkan Melaka kepada Inggeris. Inggeris mengambil Singapura dan seluruh Semenanjung Tanah Melayu pada tahun-tahun berikutnya. Inggeris juga menyerahkan Bengkulu, Sumatra kepada Belanda manakala Belanda mengambil pelabuhan Batavia (kini Jakarta) dan seluruh pulau Jawa, Sumatra, Batam, Bintan dan Belitung.
Seperti disebut di awal perenggan di atas, kesan terpenting akibat perjanjian dua negara penjajah ini ialah dunia Melayu itu dengan rasminya dibahagikan kepada dua.
Hal yang seakan sama turut boleh dilihat di Timur Tengah pada awal kurun ke-20 setelah tamatnya Perang Dunia Pertama dan jatuhnya empayar Turki Uthmaniah, di mana Inggeris membahagi-bahagikan tanah-tanah Arab dengan Perancis. Akibat daripada itu, wujudlah negara-negara baru seperti Jordan, Kuwait dan Iraq - ketiga-tiga negara ini di bawah jajahan Inggeris, manakala Lubnan dan Syria di bawah takluk Perancis.
Berbalik ke Nusantara. Namun begitu, walaupun Inggeris dan Belanda telah berjaya membahagi-bahagikan wilayah-wilayah Tanah Melayu, Sumatra, Jawa, Singapura dan lain-lain, interaksi sesama bangsa, kebudayaan Melayu (Melayu di sini merangkumi seluruh suku-suku kaum di kepulauan Melayu) itu umumnya tetap tidak berubah. Kita seharus melihat sesuatu isu itu dengan skop yang lebih besar, makna kata, tidak hanya dari aspek negara Indonesia dan Malaysia sahaja kerana dari segi seni dan budayanya, Indonesia dan Malaysia itu sebenarnya adalah satu. Suatu ketika dahulu keluasan jajahan takluk Melaka itu merangkumi sebahagian daripada Riau dan Lingga termasuklah sebahagian besar Semenanjung Tanah Melayu. Penjajahan Inggeris dan Belanda dahululah yang memisahkan kepulauan Melayu menjadi dua dan sempadan di antara wilayah Inggeris - Belanda pada tahun 1824 di kepulauan Melayu menjadi asas kepada sempadan Malaysia - Indonesia pada abad seterusnya hingga kini.
Satu perkara yang harus diketahui oleh rakyat Indonesia ialah, sejak di penghujung kurun ke 19 dan awal kurun ke 20, ramai masyarakat dari Sumatera, Jawa, Sulawesi, Kalimantan dan lain-lain berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu. Oleh sebab itu kita lihat di Malaysia ini terdapat ramai masyarakat Melayu dari suku-suku kaum seperti Jawa, Bugis, Minang, Aceh, Mendeling, Banjar dan lain-lain. Mereka yang berhijrah dulu turut membawa segala kebudayaan, tradisi dan resepi masakan suku kaum mereka. Umpamanya seperti di Johor terdapat banyak tarian atau seni yang mempunyai kaitan dengan budaya Jawa seperti tarian kuda-kepang dan permainan muzik gamelan yang di bawa dari Jawa. Sekali lagi, kita tak pernah mendakwa seni budaya ini semua adalah milik Malaysia, tetapi milik seluruh masyarakat Nusantara amnya.
Satu contoh lagi ialah lagu Rasa Sayang dan batik. Batik bukan sahaja milik orang Indonesia tetapi milik orang Melayu juga. Perhatikan sahaja perbezaan di antara batik Jawa dengan batik Melayu. Begitulah juga halnya dengan batik Melayu. Corak, motif dan warna berbeza. Begitu juga halnya dengan wayang kulit. Di Jawa ada wayang kulit, di Kelantan dan Siam pun ada wayang kulit. Oleh itu adalah sangat jahil jika sesiapa yang mengatakan bahawa wayang kulit itu adalah hak milik Indonesia sahaja.
Malaysia juga tidak pernah 'mengklaim' lagu Rasa Sayang, batik dan lain-lain seperti mana yang dituduh oleh media massa di Indonesia. Buat pengetahuan semua dari Indonesia, lagu 'Rasa Sayang' yang menjadi isu kebelakangan ini, sebenarnya telah pun dinyanyikan sewaktu zaman datuk nenek saya lagi. Maka, ingin saya tegaskan di sini bahawa seni dan budaya Nusantara itu lebih luas sifatnya menjangkaui sempadan sesebuah negara, dan dalam hal ini, sempadan negara Indonesia dan Malaysia. (Sempadan negara yang mana telah diasaskan oleh pihak penjajah Inggeris-Belanda pada tahun 1824.)
Indonesia mengutuk penggunaan ayat 'Indon', tetapi mereka membalas dengan memanggil kita Malingsia. Terus terang saya katakan, tidak ada sesiapa pun di Malaysia yang ambil peduli semua ini. Kita tak ingin bergaduh dengan mereka. Hanya mampu tersenyum sahaja melihat reaksi mereka terhadap laporan-laporan media massa Indonesia yang bebas melaporkan isu-isu yang dirasakan dapat membangkit semangat nasionalisme rakyat Indonesia.
Akhir sekali, saya minta agar semua di Indonesia lebih rasional dalam hal ini. Jangan kita termakan bulat-bulat segala apa yang disuap oleh media massa yang mungkin ada kepentingan atau agenda-agenda tertentu. Mungkin juga ada pihak ketiga yang sengaja mahu mengambil kesempatan atas hubungan baik Malaysia-Indonesia dengan mengapi-apikan cerita ini.
Artikel berkaitan -
NST: On sweetening ties between neighbours - Amy Chew
Kalau link sudah tidak wujud, klik sini
Nota kaki
Istilah tidak rasmi 'Perang Siber Indonesia - Malaysia I' merujuk kepada peristiwa penggodaman (hacking) laman-laman web di antara kedua-dua negara sewaktu krisis Ambalat di Laut Sulawesi yang melanda tahun 2005 dahulu, di mana terdapat banyak laman-laman web rasmi kerajaan Malaysia dan Indonesia yang telah digodam.

Comments
terima kasih atas posting itu.
Isu utama di sini ialah pergaduhan Indonesia-Malaysia. media Indonesia saja yang menghangatkan isu ini, kita di malaysia tak ambil peduli ttg ini, kerana kita tak mau buang masa gaduh dengan jiran kita.
look at the bigger picture.
saya sudah baca mengenai penulisan saudara di atas. Hubungan kita dengan Indonesia ibarat abang dan adik saja. Dekat, tetapi selalu bergasak. Namun, dalam sesetangah perkara, ada relevannya jika 'si abang' cuba belajar dari 'si adik'. Tak semestinya kita besar, kita betul
LAKSAMANA HANG TUAH MEWASKAN TAMENG SARI . BETARA MAJAPAHIT MENGHADIAHKAN KERIS TAMING SARI KPD TUAH. PATIH KARMA WIJAYA MEMFITNAH TUAH TAPI TUAH TAK MATI PUN. MARGA PAKSI TUJUH BERADIK KECUNDANG DI TANGAN TUAH.KARTALA SARI ANAK PATALA BUMI PUN HABIS DI LANYAK TUAH. SUPARMAN MATI KETIKA MENCEROBOH MALAYSIA DI PANTAI PONTIAN. LT.SUTIKNO MENDERITA LAPAR DI HUTAN LABIS DI TANGKAP DIHANTAR BALIK KE INDON.
MELAKA JATUH KERANA ASKAR UPAHAN JAWA BELOT KE PERTUGIS. GADIS JAWA YANG SYOK KAN KAPETAN PAREIRA BERENANG KE KAPAL PERTUGIS MEMBOCORKAN RAHSIA KERAJAAN MELAKA YANG INGIN MENGHAPUSKAN PERTUGIS.
DR.AZAHARI DAN NORDIN
PENERUS WARISAN LAKSAMAN HANG TUAH.
DUA ORANG ANAK MELAYU NGOBRAK NGARIK TANAH JAWA SAMPAI NGOMKPOL TERKENCING PARA PEMIMPINNYA. HA HA
64 TAHUN MERDEKA RAKYAK MASIH MEREMPAT KELAPARAN . DI ACEH PERANG , DI AMBON PERANG DI IRIAN PERANG, DI TITIM PERANG.
54 TAHUN MERDEKA . MELAYU DI FELDA SUDAH KAYA RAYA BERDIKARI
SAYA KETURUNAN JAWA PONOROGO . BAPA SAYA DAN RAKAN-RAKAN YANG HIJRAH KE MALAYA PADA TAHUN 20 HAN MAHIR LODROK, KETOPRAK , WAYANG KULIT, JARAN KEPANG DAN BARONGAN.
MEREKA BAWA BERSAMA KESENIAN ITU UNTUK MNERUSKAN BUDAYA JAWA . MEREKA TIDAK MENCURI. MEREKA BUKAN MALING. DI JAWA NAMAYA REOG. DI JOHOR NAMANYA BARONGAN . BARONGANGAN MILIK JAWA MALAYSIA.
KAMI RAKYAT MALAYSIA BARONGAN KAMI PUNYA . REOG INDON PUNYA . FAHAM?
BATIK INDON ? TAK MAIN! MENJEMUKAN TIDAK KREATIF .BUSEM. BATIK TERENGGANU DAN KELANTAN CERIA CANTIK KREATIF . DIMINATI PARA PELANCONG.
INDONESIA MERDEKA CARA PERANG.
MALAYSIA MERDEKA DI MEJA RUNDINGAN.
AYO ! AREP OPO SAMPIAN.