Karpal Singh vs Sultan Perak

Karpal pertikai sultan - Sifatkan istana campur tangan pentadbiran negeri Perak

KUALA LUMPUR 5 Mei – Pengerusi DAP, Karpal Singh terus mempertikaikan tindakan Sultan Perak menitahkan Menteri Besar menarik balik arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury, yang disifatkannya sebagai campur tangan istana dalam pentadbiran negeri.

Sambil mengingatkan Istana Perak supaya memahami kuasa terhad raja-raja, Karpal menekankan bahawa “rakyat kini tidak lagi hidup dalam zaman feudal.’'

‘‘Sultan dan Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat pihak eksekutif (kerajaan). Sultan Perak tidak ada hak di bawah undang-undang untuk campur tangan dalam keputusan kerajaan negeri menukar Jamry sebagai Pengarah JAIP,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen yang turut dihadiri anaknya, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong). [berita penuh]

Kurang ajar punya Kapal. Mana hormat Karpal pada Sultan? Nasib baik ini Malaysia. Kalau Pakistan, dah lama orang macam ni kena tembak.

Comments

amicus curiae said…
don't u wonder why he is not being charged under sedition act~since what he says undermines the king.

compare with pete.

apesal dia lak yg kena caj?!!!

seems no one bothers to protect the kings anymore,huh.
Shahnon said…
ramai dah buat police report kat dia kan. why he is not being charged? maybe it's just a matter of time..or maybe the case is probably not strong enough for the DPPs to take on this senior MP-lawyer? i dont know.