UCAPAN YBHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD DI PERHIMPUNAN DAN SIDANG KEMUNCAK PRIBUMI PERKASA NEGARA DI KOMPLEKS SUKAN TNB, JALAN BANGSAR, KUALA LUMPUR PADA HARI AHAD, 22 MAC 2009 1. Terlebih dahulu saya ucap terima kasih kepada penganjur perhimpunan ini kerana menjemput saya dan memberi peluang kepada saya untuk berucap kepada hadirin. 2. Saya yakin ramai daripada kita yang hadir, terutamanya orang Melayu dan bumiputra lain, hadir kerana kita berasa kita berada dalam keadaan cemas, keadaan yang merbahaya, keadaan terancam. 3. Kenapa tidak? Kita kini diserang berkali-kali oleh berbagai pihak. 4. Ramai daripada orang lain berkata Melayu adalah kaum pendatang. 5. Melayu mengamalkan apartheid ala kulit putih Afrika Selatan. 6. Melayu tidak adil, suka menidakkan hak kaum-kaum lain. 7. Melayu sudah cukup kaya dan tidak perlu dasar Ekonomi Baru lagi. 8. Semua peluang perniagaan dan pelajaran diberi hanya kepada orang Melayu. 9. Kuasa politik dibolot oleh orang Melayu dan lain-lain. 10. Berhadapan d...