Laman sosial beri penerangan GST tidak menyerlah - Utusan Malaysia
I had the opportunity to present my research paper on GST which was based on a social media research that we produced last year. A reporter from Utusan approached me later for an interview after listening to my presentation, so here's the story by Safina Ramli. KUALA LUMPUR 8 Nov . - Laman-laman sosial yang memberi penerangan kepada rakyat mengenai pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) didapati tidak begitu menyerlah, malah mesej yang disampaikan juga tidak meyakinkan. Selain itu, mesej-mesej yang disampaikan kepada rakyat gagal menonjol dan tidak bersepadu sehingga menyebabkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan semakin meningkat selepas GST dilaksanakan. Koordinator Pasca Siswazah Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, Fakulti Komunikasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shahnon Mohamed Salleh berkata, perkembangan media sosial juga menjadi penyumbang kepada peningkatan persepsi negatif terhadap kerajaan di mana media sosial kini telah men